hye hari ni hadirah nak share sikit tips belajar,hadirah pun dalam proses mecucuba,apa salah nya share kan...sharing is caring right...kita mesti tahu apa punca kita malas belajar..ok biar hadirah senaraikan ya...
1. Susah memahami soalan atau isi pelajaran
Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas belajar. Untuk
mengatasi permasalahan tersebut, kita boleh belajar berkumpulan dengan
kawan2 kita.
2. Keadaan sekitar tempat belajar
Seandai persekitaran tempat kita belajar tenang, maka kita dapat fokus
untuk belajar dengan mudah. Selok-eloknya, pelajar haruslah mencari
tempat belajar yang kondusif dan kurang gangguan.
3. Keinginan bermain 'game'
Pelajar yang selalu bermain permainan komputer akan secara automatiknya
menggangu minatnya untuk belajar. Ini kerana ketagihan dan susah untuk
berhenti bermain sehinggalah puas atau misi gamenya tamat. Untuk
mengatasi masalah ni, kita haruslah membuat satu jadual harian dan perlu
ada disiplin yang tinggi untuk mematuhi jadual tersebut.
4. Mood
'Mood' kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan sesuatu aktiviti,
ini termasuklah juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa dalam mood yang
baik dengan mengatasi sebarang masalah secara efektif.
5. Kekurangan prasarana
Kekurangan bahan untuk menyokong pembelajaran mendorong pelajar kurang minat belajar seterusnya mengundang sikap pemalas.
6. Fizikal kurang sihat
Apabila kita sakit, maka kita tidak dapat belajar dengan baik, masa tu
lah juga baru kita nak menghargai dan bersyukur sekiranya ada tubuh
badan yang sihat. Oleh itu, jagalah kesihatan kita sepanjang masa.
ok hadirah dah senaraikan punca malas belajar,ini bagi hadirah lah ya,ok meh hadirah kongsi tips belajar yang maybe berkesan,*still mencuba*
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar
mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your
biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai
untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi
air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas
berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerapmungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding- Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7.
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi
penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa
dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti
membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat
Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi
tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului,
bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
*INGAT!! jangan kita asyik belajar hingga tidak menjaga kesihatan dan pemakanan.Kena pandai bahagi kan masa...semoga berjaya*