hey guys,dah lama tak tak tulis blog.Ok hari ni hadirah nak tulis entry pasal bahaya tidur dalm keadaan belampu.Anak-anak
yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para
ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan
bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas,
lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan
penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk
mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan
menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas
University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda
tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera
mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin
menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua
kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah
15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100
orang meninggal.
Sebuah persidangan berkaitan tentang anak
penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita
kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari
berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal
ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi
antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah
menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para
pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada
kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan
memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu
bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah
atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Maha suci
Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu
dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh
badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian
manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya
kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana
engkau dustakan. Wallahu’alam