"I wanna liberate my imaginations

to go beyond the cosmos."


kelebihan coklatSaturday, 7 September 2013Leave a comment

hye you all's.siapa kat sini suka makan coklat. pernah tak korang tahu tentang kelbihan coklat..   Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih. Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.Coklat mengurangkan kadar serangan strok.

Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.
Coklat boleh melawan diabetis.

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.
Coklat melindungi kulit anda.

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!
Coklat memberikan anda mood yang baik.

Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.

Coklat membantu meningkatkan peraliran darah.

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.
Coklat boleh membuatkan anda bijak.

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

Coklat boleh mengisi perut anda.

Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.


Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.




Copyright ©.Layout by Evangelista.. All rights reserved 2011-infinity.