

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur
lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan
hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan
juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh
itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu
daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda t ida k tenteram dan menyebabkan
kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi
seseorang yang t ida k peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak
dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh
itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca
Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan per eda ran darah
ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.
Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda
sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan
ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau
dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius
dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada
Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu
seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya.
Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat,
konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru
misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau
menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda.
Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi
sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation.
Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan
pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat
sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh,
katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat
akan maklumat tersebut.
Fokus
Daya
ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu,
contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan
menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang
anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati
nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan
angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai
muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa,
menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.