Hye and assalamuailakum.I'm back to write new entry.Korang ada tak kawan yang kuat melatah.Hadirah ada sampai hadirah pun berjangkit sama.Kawan hadirah yang kuat melatah tu nama dia Nur fatin asyiqin & Aida najihah.Aida ni kalau orang melatahkan dia kadang -kadang orang pun dia pukul.Aduh!! sakit .Melatah ni bahaya.Menurut pakar penyakit melatah adalah satu kebiasaan kaitan rapat dengan fungsi sistem saraf pusat,psikologi dan sosial.Masyarakat kita terutamanya melayu semengmangnya cukup sinonim dengan melatah.Terutamanya golongan yang berumur.Bagi mereka maelatah merupakan hiburan ynag mencuit hati.Mungkin itu gambaran yang paling tepat untuk mengambarkan gelagat mereka yang melatah ini.Sedarkah kita bahawa latah sebenarnya
adalah sejenis penyakit, khususnya jika gejala itu berlaku dalam
keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku dan sukar dikawal oleh
penghidapnya. Latah
ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya
perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan
atau suruhan orang dengan tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan
atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat
dan lain-lain.
Mungkin kita sedikit terhibur
apabila melihat aksi latah yang melucukan, tetapi percayalah bahawa
tidak ada seorang pun daripada mereka yang menghidap penyakit latah
mahukan diri mereka menjadi pelatah, hatta jika digelar pelatah paling
popular sekalipun.
Justeru, apabila kita melihat seseorang itu melatah, kita sepatutnya
mendoakan agar si pelatah itu sembuh daripada penyakitnya itu,
serta dapat membuang dan mengawal tabiat terbabit daripada berulang. Dalam
hal ini, apabila kita ketawa melihat seseorang itu melatah, kita
seolah-olah mendoakan agar si pelatah itu terus kekal dengan penyakitnya
itu. Kita seolah-olah berkata, biarlah ada seorang yang menderita
kerana penyakit latah, asalkan ‘deritanya’ itu dapat menghiburkan ramai
orang. Jika tersilap langkah, usikan terhadap pelatah yang bertujuan
untuk bersuka-suka boleh bertukar menjadi tragedi, lebih-lebih lagi jika
pelatah sedang memegang objek tajam. Kadangkala,
orang yang melatah ini boleh membahayakan orang lain di sekitarnya jika
dia memegang benda merbahaya atau senjata tajam. Masyarakat
Melayu menganggap ‘melatah’ adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu
dihindari. Tanggapan begini bersebabkan latah sudah sebati dalam jiwa
Melayu dan menjadi tradisi budaya. Pakar perubatan bersetuju latah
bukanlah tergolong sebagai kecelaruan mental.
Latah juga merupakan satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit.
Namun, latah dipercayai berkait rapat antara fungsi sistem saraf pusat,
psikologi dan sosial. Latah dipercayai terikat dengan sistem budaya
sesuatu masyarakat.
Di Indonesia, gangguan latah
berkembang pada suku-suku di Pulau Jawa, Sumatera dan pedalaman
Kalimantan. Latah juga ditemui di beberapa wilayah Asia lain seperti
pada masyarakat suku Ainu di Jepun dan masyarakat gurun di Gobi iaitu
sempadan antara China dan Mongolia. Di Eropah, latah juga ditemui pada
suku masyarakat Perancis.
Sebenarnya latah tidak hanya berlaku di kalangan masyarakat Melayu.
Latah juga terdapat dalam budaya orang India dan orang Eskimo. Tingkah
laku ‘latah’ ini bermula semenjak budaya ‘berkutu’ zaman dahulu.
Sewaktu berkutu, wanita-wanita Melayu akan duduk berbaris dan saling
mencarikan kutu di rambut orang di hadapan. Sewaktu mencari kutu itu,
mereka saling mengusik untuk menghiburkan diri. Begitu juga dengan
budaya orang Eskimo. Mereka juga tidak terkecuali dengan sindrom budaya
masyarakat yang dikenali sebagai piblokto.
Disebabkan
latah boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan, masyarakat lain
selalu menganggap latah sebagai penyakit hilang ingatan seperti
skizofrenia. Namun jika dibandingkan dengan penyakit mental
seperti skizofrenia, latah tidak pernah menjadi stigma kepada mereka
yang mempunyai ahli keluarga yang melatah. Malahan, latah menjadi
perhatian ramai dan sangat menghiburkan. Sungguhpun latah dianggap
menghiburkan, melatah boleh memudaratkan individu itu kerana pergerakan
fizikal yang keterlaluan. Individu yag melatah itu boleh berasa lelah
dan mengah sehingga membahayakan diri.
Dewasa ini, ‘latah’
boleh membawa makna yang lain iaitu perbuatan seseorang yang cepat
terasa dan menjadi marah apabila dirinya ‘dijolok’ dengan cerita yang
membabitkan maruah diri. Melatah masih ada dalam masyarakat Melayu biarpun makin berkurangan.
Yang penting,janganlah kita jadikan latah suatu penyakit hati pula.