hey assalamuailakum guys i ' m back.serius dah lama gila tak update blog.komputer rosak selama 2 bulan,seriusly bosan gila..By the way bila hadirah buka blog semuanya buat giveway,NAK JOIN hehehe.Ok korang tahu tak tentang teh.Teh ni bnyak kebaikan tau.Biar hadirah share sikit.
Teh sangat hebat untuk kesihatan ; malah
disahkan oleh penemuan terbaru. Tetapi pastikan teh yang anda ambil
adalah teh yang asli. Sebenarnya teh asli, diperolehi hanya daripada
tumbuhan tertentu (camellia sinensis) dan mempunyai empat jenis : hijau, hitam, putih dan oolong. Istilah 'teh herba' (herbal tea) pula sebetulnya merupakan campuran pelbagai jenis tumbuhan dan ia bukanlah secara teknikalnya, benar-benar teh.
Walaupun teh asli tidak mempunyai
kepelbagaian, ia mempunyai manfaat kesihatan yang amat banyak. Teh
sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi polyphenols (sejenis antioksidan) dan phytochemicals.
Teh meningkatkan daya ketahanan senaman. Catechins dalam teh meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak, serta mempeerbaiki ketahanan otot.
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung serta melindungi dari penyakit kardiak.
Antioksidan dalam teh membantu melindungi dari pelbagai jenis kanser. Namun, jangan terlalu bergantung kepada teh untuk mengekalkan badan yang sihat - teh bukanlah penyembuh ajaib.
Membantu melawan radikal bebas. Ia tinggi di dalam kapasiti penyerapan oksigen radikal (oxygen radical absorbance capacity)
yang membantu memusnahkan radikal bebas (boleh memusnahkan DNA).
Walaupun badan kita boleh menentang radikal bebas, namun, ia bukan 100%
berkesan - radikal bebas ini dikaitkan dengan kanser, penyakit jantung
dan kemerosotan neurologi.
Teh mampu menghidrat badan.
Menurunkan risiko penyakit Parkinson. Ia juga mengambil kira faktor lain seperti merokok, aktiviti fizikal, umur dan jisim badan.
Teh melindungi dari sinaran ultra-ungu.
Teh mampu mengekalkan ukur lilit pinggang pada tahap normal.
Dalam satu kajian,sukarelawan yang sentiasa mengambil teh mempunyai
ukur lilit pinggang yang kecil dan jisim badan yang rendah berbanding
mereka yang tidak mengambil teh. Pengambilan teh yang kerap menurunkan
risiko sindrom metabolik secara tidak langsung menurunkan risiko
diabetes, penyakit arteri dan strok.
Teh mampu bertindak balas semula terhadap kesan-kesan negatif merokok dan mungkin menurunkan risiko kanser paru-paru.
Teh memberi kesan baik kepada pesakit diabetes jenis-2. Bahan dalam teh membantu memproses gula dengan baik.
Teh membantu badan pulih dari kesan radiasi. Kajian menunjukkan teh membantu melindungi dari kematian sel apabila terdedah kepada radiasi dan mengembalikan semula keanjalan kulit.
Teh meningkatkan ketumpatan mineral dan kekuatan tulang.
Teh mungkin agen yang berkesan dalam mengelak dan merawat penyakit neurologi, terutamanya penyakit kemerosotan (Alzheimer) .Walaupun banyak faktor mempengaruhi kesihatan otak, polyphenols di dalam teh hijau membantu mengekalkan bahagian otak yang mengawal pembelajaran dan memori.
Beringat Sebelum Meminum Teh !
Walaupun kebanyakan kajian tentang teh adalah positif, tetapi ia bukan muktamad-pastikan anda beringat sebelum mengambil teh:
Pastikan teh anda sejuk. Pengambilan minuman panas berulang meningkatkan risiko kanser salur makanan (Oesophageal Cancer).
Teh mungkin tidak selalu memberi kebaikan kepada kesihatan anda sebagaimana kajian makmal cadangkan. Fisiologi tikus makmal dan tubuh manusia adalah berlainan. Tannins dan bahan-bahan bermanfaat lain di dalam teh hijau berkemungkinan besar tidak terdapat secara bio-hayat (bioavailable) kepada manusiasepertimana ia bertindak di dalam tubuh badan tikus.
Tidak semua teh tidak manfaatnya sama. Kebaikan teh
ditentukan oleh jenis teh, proses pengetinan dan pemprosesan, serta
kaedah ia direndam.
Akhir sekali, teh sememangnya adalah selamat untuk diambil, cuma bukanlah di dalam kadar yang berlebihan.